Objek disyaki serpihan roket China tiba di Kuala Lumpur

Dua objek yang disyaki sisa serpihan roket Long March 5B milik China dibawa ke makmal analisis kimia, Jabatan Kimia Malaysia untuk disiasat.
Dua objek yang disyaki sisa serpihan roket Long March 5B milik China dibawa ke makmal analisis kimia, Jabatan Kimia Malaysia untuk disiasat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua objek yang disyaki sisa serpihan roket Long March 5B milik negara China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.45 malam Rabu.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi kenyataannya memaklumkan, objek berkenaan akan terus dibawa ke makmal analisis kimia, Jabatan Kimia Malaysia untuk disiasat.

"Siasatan lanjut dibuat oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Jabatan Kimia," katanya.

Dua objek itu dijumpai di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah, Miri di Sarawak pada Ahad.

Ia selepas berlaku kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China sekitar 12.55 pagi dengan melintasi ruang udara Malaysia di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak.

Video kejadian itu sempat dirakam penduduk di negeri itu sebelum tular di media sosial.