RON97 turun lima sen, RON95, diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi RON97 turun lima sen daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 4 hingga 10 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga petrol ROM95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling semasa bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global.

Menurut kementerian, harga baharu itu berdasarkan kepada harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisma Harga Automatik (APM).

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: