Minyak masak peket terapung di laut undang tanda tanya

Gambar kanan: Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mengutip minyak masak peket yang terapung di laut. Gambar kiri: Tangkap layar menunjukkan ribuan minyak masak peket yang terapung di laut Pulau Jawa, Indonesia.
Gambar kanan: Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mengutip minyak masak peket yang terapung di laut. Gambar kiri: Tangkap layar menunjukkan ribuan minyak masak peket yang terapung di laut Pulau Jawa, Indonesia.
A
A
A

SHAH ALAM - Penemuan ribuan peket minyak masak dipercayai bersubsidi dari Malaysia berhampiran Pulau Jawa, Indonesia menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Video berdurasi 11 saat kini tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki sanggup berenang mengutip minyak masak yang terapung di laut dan memasukkannya ke dalam plastik.

Video tersebut turut menunjukkan beberapa individu di atas bot membantu lelaki berkenaan memunggah peket minyak masak yang dikutip.

Ramai kalangan netizen yang turut hairan dengan situasi berkenaan dan mempersoalkan mengapa minyak masak itu bertaburan di lautan, malah ada yang mengaitkannya dengan kartel yang mungkin cuba menyeludup bekalan itu ke negara jiran.

Sinar Harian dalam beberapa siri laporan sebelum ini turut menyiarkan wujudnya aktiviti menyeludup minyak masak subsidi ke negara jiran melalui sempadan negara di Kelantan dan Kedah.

Menerusi laporan itu juga didapati ramai rakyat negara jiran yang hidup puluhan tahun dengan menikmati minyak masak subsidi dari Malaysia.