Pas tidak putus hubungan dengan MN

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan
A
A
A

KOTA BHARU - Pas menegaskan tidak pernah putus hubungan dengan Muafakat Nasional (MN) sebaliknya meneruskan segala usaha ke arah penyatuan ummah sehingga ke peringkat nasional.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, parti itu mengutamakan penyatuan dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak.

“Apa-apa saja usaha yang menuju ke arah itu, kami akan terokai dan jalani, tidak kira dengan mana-mana parti.

“Pas tidak putus hubungan dengan MN, itu jelas walaupun UMNO adalah usaha-usaha ke arah itu, tetapi kita tetap dengan MN,” katanya ketika ditemui di Penutup Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Islah, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, akhir-akhir ini tidak ada mesyuarat dengan parti yang terlibat bagi membincangkan perkara itu di bawah MN namun pertemuan dengan pemimpin parti itu sentiasa diadakan.

“Demi perpaduan dan kestabilan negara kita, kita teruskan MN.

“Kita bertemu sentiasa bertemu pemimpin-pemimpin parti. Cuma kita buat dalam keadaan yang tidak terbuka sangat untuk agenda ini,” katanya.