Remaja Palestin ditembak mati tentera Israel

Gambar fail menunjukkan gas pemedih mata ditembak dari sebuah kenderaan tentera Israel ke arah kem pelarian Palestin di Jenin. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan gas pemedih mata ditembak dari sebuah kenderaan tentera Israel ke arah kem pelarian Palestin di Jenin. - Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Seorang remaja Palestin ditembak mati pada Isnin oleh tentera Israel di utara Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan remaja berusia 18 tahun itu telah terkorban di kem pelarian Jenin.

Dia disahkan meninggal dunia setibanya di hospital Jenin selepas ditembak oleh pasukan penjajah Israel, kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.Sumber tempatan mengenal pasti identiti lelaki tersebut sebagai Dhirar Riyad al-Kafrini.

Kem Jenin telah menjadi tumpuan serbuan tentera Israel sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan para pejuang Palestin dan askar-askar Israel berbalas tembakan di kem pelarian tersebut.

Sekurang-kurangnya 55 penduduk Palestin telah terbunuh sejak akhir Mac lalu dengan ramai di antaranya terkorban di Tebing Barat.

Antaranya ialah wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh yang juga rakyat Amerika Syarikat (AS) dan dia pernah membuat liputan berita tentang serbuan Israel di Jenin. - Agensi