Mat Sabu muncul di slot Sinar PM

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian kembali menampilkan kelainan dengan memberi peluang kepada figura politik sebagai pembaca berita.

Ini bersempena Sambutan Ulang Tahun Sinar Harian ke-16 pada tahun ini.

Terbaharu, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu dijadualkan membaca berita menerusi slot Sinar PM pada jam 7.30 malam ini.

Program berkenaan meliputi berita terkini dalam negara termasuk politik, isu semasa, kesihatan dan sukan.

Untuk rekod, tahun lalu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan dijemput sebagai pembaca berita pada program sama sempena ulang tahun ke-15 Sinar Harian