Ibu didakwa bunuh anak lelaki

Rebekal didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput atas pertuduhan bunuh anak lelakinya bulan lalu.
Rebekal didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput atas pertuduhan bunuh anak lelakinya bulan lalu.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang jururawat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Isnin atas pertuduhan bunuh dengan menyebabkan kematian anak lelakinya bulan lalu.

Tertuduh, T Rebekal, 30, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian JS Melvin Jeshuran, 8 bulan, di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini, kira-kira jam 6 petang pada 24 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Vitthiyeswary manakala wanita terbabit diwakili peguam Nahtan Krishnan. Mahkamah membenarkan kes disebut semula pada 30 Oktober depan sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Media pada Selasa melaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai didera dalam satu kejadian di Sungai Siput. Polis menerima laporan kejadian itu sekitar jam 7.10 pagi memaklumkan terdapat seorang bayi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

Pemeriksaan awal mendapati, terdapat banyak kesan kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan namun hasil bedah siasat mendapati kecederaan dialami bayi itu adalah disebabkan objek tumpul.