Sukan Komanwel: Aznil rangkul emas kedua negara

Muhamad Aznil Bidin memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional (NEC). - Foto Bernama
Muhamad Aznil Bidin memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional (NEC). - Foto Bernama
A
A
A

KEM angkat berat negara meneruskan persembahan cemerlang di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila merangkul satu lagi pingat emas pada Sabtu.

Kali ini giliran atlet angkat berat, Muhamad Aznil Bidin menyumbangkan kontinjen negara pingat emas kedua apabila muncul juara kategori 61 kilogram (kg) di Pusat Pameran Nasional (NEC), Birmingham.

Aznil mengumpulkan angkatan 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk sekali gus menyisihkan cabaran atlet Papua New Guinea, Morea Baru (perak) dan atlet India, Gururaja Gururaja (gangsa).

Sebelum itu, Mohamad Aniq Kasdan meraih pingat emas dalam acara angkat berat kategori 55kg.

Aniq merekodkan keseluruhan 249kg selepas menjulang bebanan 107kg dalam saingan snatch dan clean & jerk dengan catatan 142kg, sekali gus mencipta rekod baharu Sukan Komanwel.

Artikel Berkaitan: