Pemuda lemas ketika berkelah

Seorang pemuda ditemukan lemas selepas mandi-manda di kawasan air terjun Lata Renyok, Jeli pada Sabtu. Foto: Ihsan JBPM Jeli . Gambar kecil : Seorang pemuda ditemukan lemas selepas mandi-manda di kawasan air terjun Lata Renyok, Jeli pada Sabtu. Foto: Ihsan JBPM Jeli

A
A
A

JELI - Seorang pemuda ditemukan lemas selepas mandi-manda di kawasan air terjun Lata Renyok di sini pada Sabtu.

Mayat Izham Mohamad Saupi, 24, ditemukan pada jam 12.40 tengah hari oleh bapanya, Mohamad Saupi Yusuf.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ahmad Ariffin berkata, sebelum kejadian mangsa bersama 10 ahli keluarganya datang ke kawasan berkenaan untuk berkelah pada jam 9 pagi.

"Bagaimanapun, pada jam 11.40 pagi mangsa dikatakan telah turun ke dalam air untuk mandi manda," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, selang 10 minit kemudian Mohamad Saupi telah ternampak anaknya itu sudah tenggelam di dalam air tersebut.

Beliau berkata, Mohamad Saupi telah bertindak menyelamatkan anaknya itu kerana keadaan arus air yang deras menyebabkan mangsa telah tenggelam.

Ahmad berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.