Wanita cedera parah terjatuh ke dalam lubang benam panas

Seorang wanita Australia terjatuh ke dalam lubang benam panas di Perkampungan Whakarewarewa, Rotorua, New Zealand baru-baru ini. - Foto Aukaha News/Facebook
Seorang wanita Australia terjatuh ke dalam lubang benam panas di Perkampungan Whakarewarewa, Rotorua, New Zealand baru-baru ini. - Foto Aukaha News/Facebook
A
A
A

WELLINGTON - Seorang wanita warga Australia mengalami kecederaan parah selepas dia terjatuh ke dalam lubang benam yang panas di New Zealand ketika berjalan di laluan pejalan kaki baru-baru ini.

Wanita itu yang datang dari Perth sedang berjalan bersama suaminya ke Perkampungan Whakarewarewa di Rotorua di Pulau Utara New Zealand apabila tanah yang dipijaknya terbuka secara tiba-tiba.

Dia kemudian rebah dan mengalami kecederaan serius sebelum suaminya sempat menariknya keluar dari lubang tersebut.

Wanita itu dikejarkan ke sebuah hospital yang mana dia dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Suaminya turut mengalami kecederaan tapi kurang serius.

Panjang lubang itu ialah dua meter, lebar satu meter dan sedalam sekurang-kurangnya satu meter.

Kampung itu yang menjadi tarikan popular sebagai satu-satunya kampung penduduk asli Maori di negara tersebut telah ditutup kepada orang ramai.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu. - Agensi