AUG 2022: Kem karate cemerlang tuai enam emas

Sebahagian atlet karate negara yang menyumbangkan pingat emas buat negara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.
Sebahagian atlet karate negara yang menyumbangkan pingat emas buat negara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand.
A
A
A

SKUAD karate negara menamatkan kempen mereka di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 dengan meraih dua tambahan pingat perak menerusi acara kumite berpasukan lelaki dan wanita di Kampus Ban Yang Noi, Universiti Ubon Ratchathani, Thailand.

Kumite berpasukan lelaki negara terlepas emas selepas terpaksa akur kepada kehebatan peserta Indonesia apabila tewas 3-2 dalam pertarungan yang berlangsung di Kampus Ban Yang Noi, sebentar tadi.

Nasib sama dilalui kumite berpasukan wanita apabila mereka yang diletakkan harapan untuk membawa pulang emas turut dikecewakan wakil Sang Garuda, kedudukan 1-2.

Bagi pengurus pasukan karate Mohd Aniq Hilman Abdul Mutallip, beliau memuji prestasi keseluruhan barisan atlet negara pada kali ini sememangnya tampil lebih bersedia untuk meraih lebih banyak kejayaan berbanding edisi 2018 di Myanmar.

Meskipun mendapat tentangan sengit daripada wakil tuan rumah dan Indonesia namun mereka tetap konsisten memastikan mampu membawa pulang pingat untuk negara.

“Ada acara yang dilihat kita agak sukar untuk meraih pingat pada penyertaan sebelum ini namun edisi 2022 atlet tampil lebih meyakinkan sekali gus mampu mencapai sasaran ditetapkan iaitu empat emas,” katanya.

Untuk rekod, secara keseluruhannya kem karate negara berjaya membawa pulang enam pingat emas, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan iaitu empat emas.

Untuk rekod, secara keseluruhannya kem karate negara berjaya membawa pulang enam pingat emas, sekaligus melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu empat emas.

Pingat emas Malaysia diraih menerusi pasukan kata lelaki, C. Shahmalarani (kumite wanita bawah 50 kilogram) dan P. Madhuri (kumite wanita bawah 55kg).

Kecemerlangan itu diteruskan oleh Siti Nur Azwani Nor Azli (kumite wanita bawah 61kg), Sureeya Sankar Hari Sankar (kumite lelaki bawah 67kg) dan A. Denisroy (kumite lelaki atas 84kg).