Sila log masuk terlebih dahulu.

Banjir Kedah: Jambatan Bailey kampung Iboi ditutup

29 Julai 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 29 JULAI 2022

Jambatan Bailey di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah ditutup sementara sehingga keadaan pulih dan disahkan selamat digunakan berikutan banjir kilat, lapor wartawan Sinar Harian Siti Zubaidah Zakaraya.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, hujan lebat selama lebih sejam menyebabkan berlakunya banjir kilat sehingga beberapa buah rumah dinaiki air pada Khamis.

Muzik: www.bensound.com

#Banjir #Kedah #SinarHarian