Peluang Harimau Muda B-19 mengaum di Vietnam

No Image Caption
A
A
A

SKUAD Bawah 19 Tahun (B-19) negara berpeluang meraih satu lagi gelaran musim ini apabila dijadual menyertai Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022 di wilayah Binh Duong, Vietnam dari 5 hingga 11 Ogos ini.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), penyertaan pasukan muda negara pada kejohanan anjuran Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) itu sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit di pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 di Mongolia pada September.

Pada kejohanan itu, skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras yang menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia baru-baru ini akan berentap menentang Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Skuad B-19 kebangsaan dijadual bertemu Thailand pada 5 Ogos, Vietnam (7 Ogos) dan menutup kempen saingan dengan berdepan Myanmar pada 9 Ogos. Penentuan tempat ketiga dan keempat serta final akan berlangsung pada 11 Ogos.

Untuk itu, sebanyak 20 pemain disenaraikan Hassan Sazali untuk mengikuti kem latihan pusat bermula 2 Ogos ini, namun daripada senarai itu, beliau hanya mengekalkan enam pemain dari skuad yang menjuarai Kejohanan B-19 AFF.

SENARAI 20 PEMAIN DIPANGGIL KE LATIHAN PUSAT B-19

1. Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri (Selangor FC 2)

2. Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri (Selangor FC 2)

3. Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar (Selangor FC 2)

4. Muhammad Izrin Ibrahim (Selangor FC 2)

5. Nazrin Mohamad Nasir (Selangor FC 2)

6. Danish Irfan Ezal (Selangor FC 2)

7. Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azuan (Selangor FC 2)

8. Aizat Aiman Mazlan (Skuad Projek FAM-MSN)

9. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili (Skuad Projek FAM-MSN)

10. Adli Ahamad (Skuad Projek FAM-MSN)

11. Sheikh Mohammad Faris Sheikh Mohammad Faisal (Skuad Projek FAM-MSN)

12. Muhammad Harith Najwan Jamil (Skuad Projek FAM-MSN)

13. Muhammad Hazim Jamal Hisham (Skuad Projek FAM-MSN)

14. Muhammad Adam Uwais Mohd Armi (Terengganu FC III)

15. Ahmad Rozaini Abu Bakar (Terengganu FC III)

16. Muhammad Abu Khalil (Akademi Mokhtar Dahari B-17)

17. Rohisham Haiqal Hashim (Akademi Mokhtar Dahari B-17)

18. Azhad Harraz Arman (Sabah FC)

19. Muhammad Idham Mohamad (Kelantan United FC)

20. Muhammad Farhan Rahim (UiTM FC B-21)

SENARAI ENAM PEMAIN DALAM PERSEDIAAN KE LATIHAN PUSAT B-19

1. Muhammad Syafiq Nurul Hisham (Skuad Projek FAM-MSN)

2. Mohamad Sappie Ashri (Skuad Projek FAM-MSN)

3. Muhammad Ismat Imran Zainal (Skuad Projek FAM-MSN)

4. Muhammad Fawwaz Muqrish Rosli (Skuad Projek FAM-MSN)

5. Hazriq Haqqim Mohd Izham (Akademi Mokhtar Dahari B-17)

6. Muhammad Haziq Mukriz Mohammed Hasemuddin (Penang FC B-17)