9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Baba off Jalan Pudu pada Rabu.
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Baba off Jalan Pudu pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai sembilan wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Baba off Jalan Pudu di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam serbuan pada jam 11 malam itu, seramai sembilan wanita berusia 30 hingga 40 tahun ditahan.

"Kita juga menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki pengurus premis itu.

"Kita merampas dua buah pembesar suara, satu resit perniagaan, satu set pengadun muzik, satu pembesar muzik, sebuah komputer riba dan set peralatan internet," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pusat hiburan itu disyaki mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen.

"Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55b Akta Imigresen 1953/69 dan Seksyen 6 (1) (c) akta yang sama," ujarnya.

Noor Dellhan berkata, pihaknya akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di premis hiburan.

"Kita juga akan melakukan pemantauan ke atas aktiviti pub dan kelab malam yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: