Pokok Bakau Pantai Cermin

No Image Caption
A
A
A
Rakaman gambar menunjukkan dua anggota sukarelawan melakukan penanaman anak pokok bakau di kawasan hutan paya laut di Pantai Cermin, Port Dickson. Hutan paya laut memainkan peranan besar sebagai zon penampan bagi melindungi kawasan pesisir pantai daripada hakisan tanah, impak pukulan

ombak yang kuat dan angin kencang serta menyediakan ekosistem yang sesuai untuk pembiakan hidupan marin yang menjadi punca pendapatan masyarakat tempatan malah menjadi sumber penyerap karbon yang paling efisien.

Malaysia mempunyai kepelbagaian spesies flora bakau yang tinggi iaitu sebanyak 42 spesies telah dicatat daripada 52 spesies pokok bakau yang terdapat di Asia Tenggara berdasarkan Mangrove Guidebook Southeast Asia. - Foto Bernama.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Ribuan penumpang terkandas

No Image Caption
GALERI

Keputusan UPKK 2023

No Image Caption
GALERI

Pameran Luna Light Wonderland 2024

No Image Caption
GALERI

Majlis Pelancaran Majalah InPenang