Tular aksi polis kejar penyeludup beras

Penyeludup bertindak meninggalkan kereta yang mengandungi 786 kg beras semasa anggota PGA cuba mengejarnya.
Penyeludup bertindak meninggalkan kereta yang mengandungi 786 kg beras semasa anggota PGA cuba mengejarnya.
A
A
A

TUMPAT - Tular video berdurasi 13 saat di Facebook pada Ahad yang memaparkan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengejar penyeludup beras di Jalan Kampung Geting, di sini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu sepasukan anggota PGA yang sedang membuat rondaan rutin telah ternampak sebuah kereta Proton Wira dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota PGA kemudian terus menghampiri kereta tersebut untuk membuat pemeriksaan. Pemandu kereta itu kemudian memecut lalu sebelum terbabas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tular video yang memaparkan anggota PGA mengejar penyeludup beras di Jalan Kampung Geting, Tumpat.
Tular video yang memaparkan anggota PGA mengejar penyeludup beras di Jalan Kampung Geting, Tumpat.

Menurutnya, dua penyeludup itu bertindak meninggalkan kereta yang mengandungi 786 kilogram (kg) beras semasa anggota PGA cuba mengejarnya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menjumpai beras pelbagai jenama.

Muhamad Zaki berkata, kesemua rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.