Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut hingga 8 Ogos

Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
A
A
A
LAHAD DATU - Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

"Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendaki berada di rumah manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, perintah itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terlibat tidak diceroboh pengganas sekali gus mengancam keselamatan penduduk termasuk penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

"Maklumat mendapati kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk dapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan lain,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Idris berkata, perintah itu juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat dan yakin penduduk dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Beliau juga berkata, semua Ketua Polis Daerah di ESSZone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk melalui kawasan itu. - Bernama.