Hazard mahu buktikan sesuatu kepada Real Madrid

Eden Hazard
Eden Hazard
A
A
A

PEMAIN sayap Real Madrid, Eden Hazard tidak berniat untuk meninggalkan skuad Los Blancos itu seperti dilakukan Gareth Bale yang berpindah ke Major League Soccer.

Sebaliknya pemain berusia 31 tahun itu menegaskan bahawa dia mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa dirinya masih boleh bermain bersama Real.

“Sebenarnya sudah beberapa musim saya tidak bermain dengan banyak. Apabila diturunkan bermain, saya hanya mahu menunjukkan apa yang boleh saya lakukan di atas padang.

“Sebagai seorang pemain bola sepak, anda mesti hanya mahu berada di atas padang, dan bila tidak diturunkan sudah tentu anda fikir sebab tak dapat bermain.

“Bagaimanapun saya anggap perkara ini satu cabaran yang baik. Sekarang ini saya sihat dan tidak dibelenggu dengan kecederaan.

“Jadi saya akan cuba membuat yang terbaik supaya saya akan dipilih untuk diturunkan dengan lebih kerap lagi selepas ini,” katanya.

Hazard sebelum ini bergelut dengan prestasinya sejak tiba di Santiago Bernabeu pada Jun 2019, selepas mengalami kecederaan dan masalah kecergasan.

Pemain antarabangsa Belgium itu menghabiskan sebahagian besarnya di bangku simpanan pada musim lalu, apabila hanya membuat tujuh permulaan dalam 17 penampilan LaLiga.