Wanita cedera dalam kebakaran rumah kedai

Dua unit kedai Mara musnah dalam kebakaran di Felda Tersang 1, Raub pada Sabtu.PIX JBPM PAHANG
Dua unit kedai Mara musnah dalam kebakaran di Felda Tersang 1, Raub pada Sabtu.PIX JBPM PAHANG
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita warga Indonesia cedera dalam kebakaran melibatkan dua kedai Mara, Felda Tersang 1,Raub pada Sabtu.

Mangsa, Nur Hasanah, 42, yang melecur pada bahagian muka dihantar ke Klinik Kesihatan Tersang untuk menerima rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba menerima panggilan kecemasan jam 2.37 pagi sebelum sepasukan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub ke lokasi untuk operasi pemadaman.

Menurutnya, operasi turut dibantu anggota dari BBP Sungai Koyan.

"Anggota tiba di lokasi jam 3.08 pagi dan segera melakukan operasi pemadaman sebelum kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 3.42 pagi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ismail berkata, dua unit kedai berkeluasan 50x60 kaki persegi itu gagal diselamatkan apabila musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.

"Punca lebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.