Amaran ribut petir 10 negeri, dua wilayah

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri dan dua wilayah sehingga jam 9 malam, pada Jumaat.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri dan dua wilayah sehingga jam 9 malam, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri dan dua wilayah sehingga jam 9 malam, pada Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 6.55 petang ini memaklumkan, 10 negeri itu ialah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah manakala dua wilayah itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar dan Bandar Baharu manakala Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, di Perak serta di Pahang hanya satu kawasan iaitu Raub.

Sementara di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah Jelebu, Seremban dan Port Dickson manakala di Johor, kawasan yang terlibat ialah di Tangkak dan Muar.

Kawasan yang terlibat di Sarawak pula ialah Sri Aman, Betong dan Sarikei (Pakan) manakala di Sabah, kawasannya ialah di Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).

AMARAN RIBUT PETIR. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Kubang Pasu, Kota...

Posted by Malaysian Meteorological Department on Friday, July 22, 2022