Kemalangan empat kenderaan di PLUS punca kesesakan 5km

Kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 336.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh kira-kira lima kilometer. - Foto LLM Trafik
Kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 336.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh kira-kira lima kilometer. - Foto LLM Trafik
A
A
A

IPOH - Kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 336.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh kira-kira lima kilometer di kedua-dua arah, pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail dalam kenyataan berkata, kemalangan pada jam 9.45 pagi itu membabitkan sebuah lori tangki muatan simen, sebuah pacuan empat roda dan dua kereta.

Beliau berkata, pemandu lori tangki berusia 28 tahun serta kedua-dua pemandu kereta berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan namun pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Lalu lintas kembali lancar tidak lama kemudian. - Bernama