United perlukan ketegasan Ten Hag

Ten Hag (tengah), mahu membentuk tahap disiplin tinggi dalam kalangan pemain United musim ini. - Foto Football 365
Ten Hag (tengah), mahu membentuk tahap disiplin tinggi dalam kalangan pemain United musim ini. - Foto Football 365
A
A
A

KETEGASAN pengendali baharu Manchster United, Erik ten Hag sememangnya diperlukan skuad The Red Devils dalam usaha memastikan disiplin kesemua pemain berada pada tahap terbaik.

Menurut pemain tengah United, Bruno Fernandes, ketegasan pengendali berusia 52 tahun itu diharap mampu membentuk kembali keperibadian serta sikap (attitude) pemain sama ada ketika mereka beraksi di atas padang mahu pun ketika berada di luar padang.

“Bagi saya, disiplin merupakan antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian tanpa mengira di manakah posisi anda.

“Oleh itu, tidak ada masalah pun sebenarnya dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Ten Hag pada sesi latihan pasukan,” katanya.

Baru-baru ini, ketegasan Ten Hag ketika mengendalikan sesi latihan pasukan turut dimuat naik ke laman sosial yang menyaksikan pengendali berkenaan menjerit kepada pemain muda United, Zidane Iqbal.

Ketegasan Ten Hag itu sekali gus membuktikan bahawa Ten Hag sebagai seorang yang mementingkan disiplin dalam mengemudi skuad The Red Devils bagi mengharungi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lama lagi.

Sementara itu, Fernandes berharap agar corak latihan terutamanya corak disiplin yang diterapkan Ten Hag dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakan-rakan sepasukan.

Malah katanya, skuad The Red Devils sememangnya memerlukan ketegasan sedemikian bagi membentuk disiplin dalam kalangan pemain.

Artikel Berkaitan:

“Pasukan ini sememangnya memerlukan aspek disiplin ini dalam usaha membentuk kesebelasan pemain yang terbaik.

“Oleh itu, saya yakin corak latihan yang mengutamakan soal disiplin ini akan mampu membentuk pasukan yang lebih mantap musim ini,” katanya.