Sila log masuk terlebih dahulu.

Isu Sulu: Najib yang mungkir janji

21 Julai 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
Isu Sulu: Najib yang mungkir janji

Keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mungkir janji untuk membayar RM5,300 setahun kepada waris kesultanan Sulu sejak tahun 2013 merupakan faktor Malaysia terdedah ancaman kedaulatan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Najib mengarahkan kerajaan menghentikan bayaran kepada waris kesultanan Sulu apabila berlaku pencerobohan di Lahad Datu.

Jelas beliau, Najib kemudian gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa pencerobohan itu adalah terdiri dari waris kesultanan Sulu.

#BeritaSemasa #PKR #TunMahathir