Gagal bayar denda RM50,000 lelaki hina Islam dijel

Mohd Nor'muzil dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara enam bulan.
Mohd Nor'muzil dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara enam bulan.
A
A
A

SEPANG - Lelaki yang menghina Islam, Mohd Nor'muzil Mohd Razalli dijel selepas gagal membayar denda RM50,000.

Dia yang memakai baju T hijau dan berseluar jeans itu diiringi polis dan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sepang ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara enam bulan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof kepada pemberita.

Mohd Nor'muzil, 39, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim, Ahmad Rizki Abdul Jalil pada Khamis selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik menghina Islam menerusi rakaman video di aplikasi YouTube.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu mengaku secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik di YouTube dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu dilihat pengadu di hadapan Shell Cyberjaya, jam 11.15 malam pada 16 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Aka 588].

Sebelum ini, Mohd Nor'muzil direman selama empat hari bermula Ahad lalu selepas kandungan penghinaan tersebut tular di media sosial.