Iraq dakwa temui telaga minyak baharu

Pandangan umum menunjukkan pelantar minyak yang digunakan dalam penggerudian di medan minyak Zubair di Basra, Iraq. - Foto Reuters
Pandangan umum menunjukkan pelantar minyak yang digunakan dalam penggerudian di medan minyak Zubair di Basra, Iraq. - Foto Reuters
A
A
A

BAGHDAD - Kerajaan Iraq memaklumkan pihaknya telah menemui telaga minyak baharu di bandar Nukhaib dan Tharthar di Wilayah Anbar yang terkenal dengan bahan mineral dan fosfat.

Gabenor Anbar, Ali Farhan pada Rabu berkata, pihak berkuasa Anbar sedang bekerjasama dengan kementerian dan syarikat Saudi-Amerika mengenai penemuan itu.

"Kementerian Minyak perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan penerokaan minyak baharu di Anbar, barat Iraq, dan kawasannya meliputi 34 peratus daripada keseluruhan Iraq,” katanya.

Kementerian Minyak mempunyai maklumat tepat mengenai jumlah sebenar telaga minyak baharu itu. - Bernama