Zichenko selangkah bergelar pemain Arsenal

Zichenko
Zichenko
A
A
A

TONGGAK pertahanan Ukraine, Oleksandr Zinchenko kini selangkah untuk bergelar pemain Arsenal selepas Manchester City dilaporkan bersetuju untuk melepaskannya dengan nilai perpindahan berjumlah £32 juta (RM170.50 juta).

Difahamkan, proses itu kini di fasa akhir dengan Arsenal sedang menunggu laporan perubatan pemain itu sebelum dia diumumkan secara rasmi menyarung jersi The Gunners.

“Seperti Gabriel (Jesus) dan Raheem (Sterling), Zichenko antara pemain yang memberi impak besar kepada pasukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sudah tentu kami akan merinduinya kerana dia seorang pemain yang luar biasa. Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu kami terpaksa melepaskannya.

“Bagi saya dan pihak kelab, kami berterima kasih atas usahanya yang banyak membantu pasukan sebelum ini,”kata pengendali City, Pep Guardiola.

Untuk rekod, Zichenko telah menghabiskan lebih daripada enam tahun bersama City selepas menyertai kelab itu sebagai pemain remaja dari kelab Rusia, Ufa.

Sepanjang bersama The Citizens, Zichenko telah membantu pasukannya meraih 11 trofi termasuklah juara Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan juga Piala Liga.