Lewandowski lengkapkan perpindahan ke Barcelona

Lewandowski
Lewandowski
A
A
A

PENYERANG Poland, Robert Lewandowski melengkapkan perpindahannya ke Barcelona dari Bayern Munich dengan nilai 50 juta euro (RM227.87 juta) sehingga tahun 2027.

Perkembangan itu diumumkan oleh kelab Catalan itu tiga hari selepas kedua-dua kelab itu bersetuju 'secara prinsipal' dengan penyerang berusia 33 tahun itu untuk berhijrah ke La Liga.

“Barcelona dan Bayern Munich mencapai persetujuan untuk perpindahan Robert Lewandowski bagi nilai perpindahan keseluruhan berjumlah 45 juta euro (RM205.09 juta) dengan tambahan 5 juta euro (RM22.79 juta) dalam pelbagai bentuk bayaran.

“Pemain itu akan menandatangani kontrak bersama kelab untuk tempoh empat tahun. Klausa pembelian semula turut ditetapkan pada 500 juta euro (RM2.278 bilion),” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Lewandowski merupakan pemain keempat ditandatangani Barcelona pada musim panas ini selepas Franck Kessie (AC Milan) dan Andreas Christensen (Chelsea) tiba sebagai ejen bebas, manakala Rapinha dibeli dengan nilai 70 juta euro (RM319.02 juta) dari Leeds.

Sejak bersama Bayern selama lapan tahun dengan menjulang satu trofi Liga Juara-Juara Eropah serta lapan gelaran Bundesliga.