Simbah air panas pada suami bukan di Pasir Puteh tapi Bolivia

Kejadian isteri menyimbah air panas terhadap suami bukan berlaku di Pasir Puteh tetapi di Bolivia.
Kejadian isteri menyimbah air panas terhadap suami bukan berlaku di Pasir Puteh tetapi di Bolivia.
A
A
A

KOTA BHARU - Kejadian isteri menyimbah air panas ke atas suaminya bukan berlaku di Pasir Puteh, Kelantan sebagaimana yang tular di media sosial pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara Bolivia berdasarkan artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan pada 5 Julai lalu.

"Kami telah terkesan dengan satu hantaran berkaitan satu pautan akhbar yang dimuat naik dalam Facebook Pasir Puteh Kini bertajuk 'Isteri simbah air panas kerana suami mimpi wanita lain'.

"Pautan akhbar berkenaan telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang beranggapan kejadian tersebut berlaku di Pasir Puteh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, hasil semakan terkini mendapati hantaran tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun setelah menerima teguran daripada beberapa warganet di dalam ruangan komen.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat yang diragui kesahihannya, kerana tindakan tegas boleh diambil bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.