Pemangku Presiden Sri Lanka isytihar darurat negara

Ranil Wickremesinghe
Ranil Wickremesinghe
A
A
A

COLOMBO - Pemangku Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe mengisytiharkan darurat di seluruh negara berkuatkuasa Isnin, lapor Xinhua.

Notis perisytiharan khas menyatakan Wickremesinghe mengumumkan darurat demi kepentingan keselamatan awam, melindungi ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan penting untuk kehidupan masyarakat.

Parlimen Sri Lanka dijadual memilih presiden baharu pada 20 Julai selepas Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan, dan melarikan diri ke Singapura melalui Maldives, di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara Asia Selatan itu.

Pencalonan untuk jawatan presiden akan diadakan pada Selasa.

Pencalonan Wickremesinghe mendapat sokongan daripada parti presiden yang digulingkan, parti Sri Lanka Podujana Peramuna (SLPP). - Bernama