Polis rampas cecair vape bernilai RM2.7 juta

Polis merampas vape disyaki mengandungi nikotin bernilai RM2.7 juta di Kajang, Selangor pada 13 Julai lalu.
Polis merampas vape disyaki mengandungi nikotin bernilai RM2.7 juta di Kajang, Selangor pada 13 Julai lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas cecair vape mengandungi nikotin bernilai RM2.7 juta dalam serbuan di Kajang, Selangor pada 13 Julai lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, operasi itu dijalankan sepasukan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

"Op Kontraban itu telah merampas 25,306 kotak dan botol vape disyaki mengandungi nikotin yang dianggarkan bernilai RM2.7 juta.

Vape disyaki mengandungi nikotin dirampas dalam serbuan di Kajang, Selangor pada 13 Julai lalu.
Vape disyaki mengandungi nikotin dirampas dalam serbuan di Kajang, Selangor pada 13 Julai lalu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Johor Bahru, Johor pada 14 Julai, polis berjaya menumpaskan satu sindiket menjual dan membeli semula minyak diesel bersubsidi.

Polis menumpaskan kegiatan sindiket menjual dan membeli minyak diesel bersubsidi di Johor, 14 Julai lalu.
Polis menumpaskan kegiatan sindiket menjual dan membeli minyak diesel bersubsidi di Johor, 14 Julai lalu.

Katanya, Op Kontraban itu berjaya menahan enam lelaki tempatan dengan rampasan 55,997 liter minyak diesel, empat lori serta lima tangki minyak diesel dengan nilai RM988,850.55.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," ujarnya.

Tegasnya, PDRM melalui JKDNKA akan terus komited dalam melaksanakan operasi membanteras sindiket penyeludupan kontraban dan barangan kawalan agar ketirisan hasil negara dapat dibendung demi kepentingan masyarakat.

Empat lori serta lima tangki minyak diesel turut dirampas.
Empat lori serta lima tangki minyak diesel turut dirampas.