Rampas rokok seludup dalam van

Mohd Nasir (dua dari kanan) menunjukkan 671,000 batang rokok putih yang dirampas oleh Kastam Kelantan termasuk kretek yang disembunyikan dalam sebuah van jenis Toyota Hiace di tepi lorong sebuah kampung, di Kota Bharu pada Rabu.

A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Kelantan merampas 671,000 batang rokok putih termasuk kretek yang disembunyikan dalam sebuah van jenis Toyota Hiace di tepi lorong sebuah kampung di sini pada Rabu.

Pengarah Kastam Kelantan, Mohd Nasir Deraman berkata, modus operandi tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan daripada dikesan oleh anggota penguat kuasa.

"Bagaimanapun hasil maklumat risikan, kita telah berjaya mengesan kenderaan tersebut.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas van itu kami telah menjumpai 82 peti rokok seludup," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat JKDRM di sini pada Ahad.

Mohd Nasir (dua dari kiri) menunjukkan van yang digunakan untuk menyembunyikan rokok seludup bagi mengelakkan daripada dikesan oleh anggota penguat kuasa.
Mohd Nasir (dua dari kiri) menunjukkan van yang digunakan untuk menyembunyikan rokok seludup bagi mengelakkan daripada dikesan oleh anggota penguat kuasa.

Menurutnya, rampasan pada jam 12.45 tengah hari itu membabitkan nilai berjumlah RM452,725 termasuk cukai.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Mohd Nasir memberitahu, siasatan awal mendapati pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok tersebut untuk pasaran tempatan.

Dalam perkembangan lain Mohd Nasir berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, JKDRM Kelantan telah berjaya merampas 11 juta batang rokok membabitkan jumlah keseluruhan termasuk cukai berjumlah RM7.4 juta.