[VIDEO] Treler rempuh rumah, pemandu positif dadah

Sebuah treler muatan besi merempuh sebuah rumah di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan. - Foto PDRM
Sebuah treler muatan besi merempuh sebuah rumah di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan. - Foto PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan seorang pemandu sebuah treler muatan besi selepas didapati positif dadah pada Sabtu.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, penahanan lelaki berusia 32 tahun itu dibuat setelah treler dipandunya terlibat kemalangan apabila merempuh sebuah rumah di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam.

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah treler 30 tan jenis Volvo yang membawa muatan besi guna semula dipandu lelaki berkenaan sedang bergerak dari arah Melaka menuju ke arah Sungai Pelek, Sepang seorang diri.

"Ketika di lokasi berbentuk mendaki bukit, treler tersebut dipercayai telah mengalami kerosakan pada bahagian enjin," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebuah treler muatan besi merempuh sebuah rumah di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan. - Foto PDRM
Sebuah treler muatan besi merempuh sebuah rumah di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan. - Foto PDRM

Beliau berkata, ia menyebabkan treler berkenaan berhenti secara tiba-tiba lalu menggeluncur ke belakang sehingga mengakibatkan bahagian ekor lori tergelincir ke kiri bahu jalan lalu merempuh sebuah rumah.

"Tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan pemandu treler telah dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi ujian saringan awal air kencing.

"Hasil ujian mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

@sinarharianonline Alhamdulillah tiada mangsa alami kecederaan #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#PemanduTreler#PositifDadah original sound Sinar Harian