YBR kongsi ilmu keusahawanan bersama 160 belia

Syaiful Rizal (dua, kanan) dan Aznan (tiga, kanan) bersama sebahagian belia yang menyertai program keusahawanan itu.
Syaiful Rizal (dua, kanan) dan Aznan (tiga, kanan) bersama sebahagian belia yang menyertai program keusahawanan itu.
A
A
A

KOTA TINGGI – Seramai 160 usahawan muda di sekitar Johor telah menyertai Program Bijak Usahawan Muda anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru, di sini, semalam.

Menurut kenyataan daripada YBR, program keusahawanan yang telah dijalankan selama dua hari ini bertujuan mengukuhkan pengetahuan asas keusahawanan dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh bakal usahawan melalui modul-modul perniagaan yang diterapkan.

Katanya, Melalui program ini juga peserta turut didedahkan mengenai pengurusan perniagaan melalui 3 modul bermula daripada peringkat asas, pengurusan pentadbiran serta perakaunan sehinggalah menembusi peringkat pasaran dalam talian (online) dan penjenamaan.

Syaiful Rizal menyampaikan cenderhati kepada Nor Akmal ketika majlis perasmian penutup program berkenaan.
Syaiful Rizal menyampaikan cenderhati kepada Nor Akmal ketika majlis perasmian penutup program berkenaan.

ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamin hadir merasmikan program keusahawanan ini dan sebagai tanda sokong terhadap usaha YBR dalam meningkatkan ekonomi negara melalui keusahawanan.

“Galakan dan dorongan perlu diberikan kepada golongan usahawan dalam merancang strategi pemasaran yang lebih baik serta memastikan perniagaan mereka mempunyai matlamat yang jelas.

"Ia juga secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi serta isi pendapatan rumah,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Ruhisyam Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru, Nor Akmal Muhammad.