Polis tidak terima notis penganjuran flash mob isu harga barang

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan tiada menerima sebarang notis permohonan berhubung penganjuran 'flash mob' berkaitan kenaikan harga barang yang dikatakan diadakan, pada Sabtu.

Difahamkan, flash mob anjuran parti politik itu akan diadakan pada jam 5.15 petang di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana individu atau penganjur flash mob terbabit.

"Polis Selangor akan menghantar anggota dari semua daerah untuk memantau di setiap lokasi flash mob terbabit bagi mengawal keselamatan.

"Jumlah keanggotaan yang berkawal ini bergantung kepada situasi, sekiranya keadaan di luar jangkaan, polis akan mendapatkan bantuan keanggotaan tambahan dari elemen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA)," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Beliau berkata, bagaimanapun polis tidak menggalakkan orang ramai untuk menyertai flash mob itu.

Katanya, sekiranya dikesan berlaku sebarang kesalahan undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan di bawah Kanun Kesekaaan dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!