Sukan Komanwel: Yee Khie tarik diri

IMBAS KEMBALI...Yee Khie ketika meraih meraih pingat perak bagi kategori 107kg pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum, 30 Ogos lalu.
IMBAS KEMBALI...Yee Khie ketika meraih meraih pingat perak bagi kategori 107kg pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum, 30 Ogos lalu.
A
A
A

HASRAT jagoan powerlifting negara, Jong Yee Khie untuk mengalas cabaran negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan.

Perkembangan ini disahkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang memaklumkan kecederaan menimpa atlet berusia 33 tahun itu berlaku semasa jagoan Kuching tersebut menjalani sesi latihan persiapan ke temasya berkenaan.

“Keputusan penarikan diri tersebut dibuat setelah mendapat pengesahan tahap kecederaan beliau daripada Institut Sukan Negara (ISN).

“Pihak MOM mendoakan dan berharap supaya Yee Khie akan sembuh sepenuhnya daripada kecederaan dan kembali beraksi dalam tempoh terdekat,” kata MOM dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Untuk rekod, Yee Khie merupakan pemenang pingat perak dalam kategori 107 kilogram lelaki pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2021.

Penarikan diri Yee Khie, menyaksikan jumlah terkini atlet kontinjen Malaysia yang akan ke Birmingham 2022 adalah seramai 105 orang.

Artikel Berkaitan: