Bapa Ahmad Yunus meninggal dunia

Hantaran Ahmad Yunus di Facebook pada Khamis.
Hantaran Ahmad Yunus di Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi meninggal dunia pada petang Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang itu memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

"Assalamualaikum. Untuk makluman semua. Telah kembalinya ke rahmatullah ayahanda Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi sebentar tadi.

"Semoga ALLAH merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman," kata hantaran tersebut pada Khamis.

Sementara itu, Pas Selangor turut mengucapkan takziah atas pemergian ayah Ahmad Yunus menerusi kemaskini di Facebook mereka.

"Takziah buat Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta keluarga.

"Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah," katanya.