Prototaip roket SpaceX milik Musk terbakar ketika diuji

Kebakaran berlaku semasa ujian prototaip roket SpaceX Super Heavy Starship dilancarkan di Texas pada Isnin lalu. - Foto YouTube/NASA
Kebakaran berlaku semasa ujian prototaip roket SpaceX Super Heavy Starship dilancarkan di Texas pada Isnin lalu. - Foto YouTube/NASA
A
A
A

AUSTIN - Kerosakan akibat kebakaran ketika ujian prototaip roket SpaceX Super Heavy Starship dilancarkan baru-baru ini nampaknya kecil, kata pengasas syarikat roket tersebut, Elon Musk pada Rabu.

Bagaimanapun, enjinnya masih perlu diperiksa, tambahnya.

Kebakaran itu berlaku pada 'booster' atau penggalak roket tersebut yang menggunakan enjin Raptor dilancarkan pada malam Isnin lalu dari stesen angkasa Starbase SpaceX di Texas.

"Kerosakan nampaknya kecil, tetapi kita perlu memeriksa semua enjin. Terbaik untuk melakukan ini," menurut ciapan Musk di Twitter.

Musk merancang untuk menggunakan kapal angkasa bagi menubuhkan sebuah pangkalan tetap di bulan dan Marikh. - Agensi