RON97 turun 5 sen, RON95 kekal RM2.05 seliter

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.80 kepada RM4.75 seliter bagi tempoh 14 Julai hingga 20 Julai depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan turut memaklumkan, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sebagaimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan juga menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.