Piala Dunia 2022: Iran pecat Skocic

Skocic
Skocic
A
A
A

SKUAD Iran menerima tamparan berbaki empat bulan lebih menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar apabila pengendali Youzpalangan, Dragan Skocic dipecat menurut laporan media tempatan.

Malah menurut laporan itu, badan induk bola sepak juga telah menyenaraikan calon-calon yang akan mengisi posisi ditinggalkan pengendali berusia 53 tahun tersebut.

Untuk rekod, Skocic mengambil alih jawatan daripada Marc Wilmots pada Februari 2020, berjaya mengesahkan kemaraan gergasi bola sepak Asia itu ke Qatar 2022 apabila mengungguli kumpulan kelayakan setelah mengatasi Korea Selatan.

Pengendali dari Croatia itu berjaya memenangi 15 daripada 18 ketika mengemudi pasukannya, namun tewas dua daripada tiga perlawanan terakhirnya, termasuk kekalahan 1-2 kepada Algeria dalam aksi persahabatan di Qatar bulan lalu.

Iran yang melakukan penampilan keenam dan ketiga berturut-turut di pentas Piala Dunia diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen menentang England pada 21 November sebelum menentang Wales dan Amerika Syarikat.