Usul undi tidak percaya gagal guling kerajaan Perancis

Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne. - Foto AP
Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne. - Foto AP
A
A
A

PARIS - Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya apabila usul itu gagal mendapat sokongan majoriti.

Parlimen menolak usul dikemukakan Kesatuan Rakyat Sosial dan Ekologi Baharu (NUPES), dan hanya memperoleh sokongan 146 daripada 577 Ahli Parlimen, lapor Agensi Anadolu.

Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya, sambil menyifatkan cubaan itu mengganggu tugas Parlimen.

"Perancis memerlukan kerajaan yang menjalankan tugasnya, tetapi sebahagian lagi mahu menyekatnya," katanya.

Di Perancis, usul undi tidak percaya pernah diluluskan ketika kerajaan pimpinan Georges Pompidou berkuasa pada 1962, hingga terpaksa meletak jawatan, tetapi kembali berkuasa dalam pilihan raya seterusnya

Parti berhaluan kanan yang diketuai Marine le Pen - pencabar Presiden Emmanuel Macron - tidak menyokong usul itu.

Alexandre Loube, ahli parti itu berkata kerajaan perlu mengelak daripada menghadapi lagi satu krisis tatkala negara sedang dilanda "krisis sosial, ekonomi dan keselamatan."

Pemimpin gabungan NUPES mempertahankan usul itu dan mendakwa kurang kepercayaan terhadap kerajaan Borne.

Artikel Berkaitan:

Perikatan Macron hilang majoriti dan parti pembangkang juga menolak tawarannya untuk membentuk "kerajaan perpaduan". - Bernama