Polis cari saksi wanita kes dadah

Sarah Alice Oothama Kumar Philip
Sarah Alice Oothama Kumar Philip
A
A
A

AMPANG - Seorang saksi wanita dicari polis untuk membantu siasatan berkaitan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita itu adalah Sarah Alice Oothama Kumar Philip dengan alamat terakhirnya No 19, Lorong Tenggiri 6, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sedang mengesan saksi ini untuk membantu siasatan satu kes dadah yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai saksi itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Syed Nadzely Sayed Jaafar di talian 011-10016462," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: