Bot nelayan tempatan ditahan di muara Sungai Kuantan

Tiga kru warga Kemboja dan tekong warga tempatan berumur antara 29 sehingga 40 tahun.
Tiga kru warga Kemboja dan tekong warga tempatan berumur antara 29 sehingga 40 tahun.
A
A
A

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Kamal Ariffin Jusoh berkata, penahanan itu dibuat kira-kira jam 1.33 petang Khamis di 3.5 batu nautika dari muara Sungai Kuantan dalam operasi Ops Makmur.

“Pemeriksaan ke atas bot tersebut menemui tiga kru warga Kemboja dan tekong warga tempatan berumur antara 29 sehingga 40 tahun.

"Kesemua kru mempunyai permit kerja yang telah tamat tempoh dan disyaki memiliki pasport palsu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat

Kamal Ariffin berkata, pihaknya turut merampas peralatan menangkap ikan termasuk hasil laut anggaran berat 2.65 tan.

"Bot yang kita tahan dibawa masuk ke Jeti Penerpa untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen dan menggunakan pas kerja yang telah tamat tempoh,” katanya.