PubliCT.io tampil solusi perhubungan awam hibrid

Manminder Kaur (enam dari kiri) bersama rakan media PubliCT.io pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur pada Khamis.
Manminder Kaur (enam dari kiri) bersama rakan media PubliCT.io pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

DUA jenama dari industri perundingan perhubungan awam (PR), Intelectasia dan Supernewsroom kini bergelar PubliCT.io yang akan memainkan peranan sebagai syarikat PR berintegrasi dan pemula teknologi dengan menawarkan solusi perkhidmatan PR digital yang komprehensif.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif PubliCT.io, Manminder Kaur Dhillon berkata, usaha penjenamaan semula bermula pada Mac lalu, dengan kemunculan sulung rasmi PubliCT.io pada Julai 2022.

Menurutnya, penjenamaan semula berkenaan menyaksikan logo dan slogan baharu. 'Your Brand in the News' atau Jenama Anda di Paparan Berita berserta laman sesawang yang dikemas kini, segalanya diperkemaskan untuk menampilkan suatu identiti jenama tunggal untuk syarikat tersebut.

“Intelectasia dan Supernewsroom telah berkembang pesat dalam industri perhubungan awam sejak ia ditubuhkan pada 2015.

Penjenamaan semula kepada PubliCT.io ini tepat pada masanya kerana kami percaya identiti jenama tunggal akan membantu kami untuk memperkemas semua perkhidmatan yang disediakan dan menyerlahkan jenama platform ini bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Manminder Kaur
Manminder Kaur

Beliau berkata, PubliCT.io yang merupakan platform PR pertama seumpamanya memperkenalkan sistem ‘pay-as-you-go’ bagi semua perkhidmatannya kini turut menawarkan khidmat jaminan penerbitan artikel dan konten di portal-portal berita termasuk media arus perdana.

“Menerusi model PubliCT.io yang baru ini, media boleh menjana satu lagi sumber pendapatan selain dari hanya berfokus kepada jualan iklan atau penerbitan berbentuk advertorial.

Prosesnya adalah ringkas tetapi sangat efektif di mana jenama di luar sana boleh memilih sendiri agensi penerbitan berita untuk menerbitkan artikel mereka.

“Di pihak media, artikel akan diterbitkan sekiranya ia memenuhi kriteria dan nilai berita yang diperlukan dan seterusnya menjana sumber pendapatan baharu,” katanya.

Tambahnya. PubliCT.io kini sudah mempunyai 3,000 rakan media di seluruh dunia termasuk Associated Press (AP) yang mempunyai liputan meluas di Amerika Syarikat, Timur Tengah dan rantau Asia.

“Kami yakin PubliCT.io bakal memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dan memberikan kami kelebihan berdaya saing.

Sehingga kini, kami sudah membantu ratusan syarikat daripada syarikat pemula sehinggalah jenama antarabangsa yang menyaksikan 10 kali pulangan pelaburan secara purata dari segi nilai PR selepas mendapatkan khidmat kami,” katanya.

PubliCT.io yang dibiayai oleh Cradle Fund- pernah dinobat sebagai Syarikat Pemula Media Terbaik Vikingcubator Challenge di Singapura.

Syarikat berkenaan kini dalam usaha pengumpulan dana pra siri A, suatu langkah sementara antara pusingan awal dan Siri A untuk syarikat pemula yang bersedia untuk merangsang pertumbuhan di bawah nama baharu dan penambahbaikannya.

Pada Khamis, PubliCT.io dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur yang menyaksikan lebih 100 agensi media dan wakil pelbagai jenama terkemuka hadir dan diberikan penghargaan atas sokongan kepada platform PR berkenaan.