Air Selangor prihatin nasib golongan B40

A
A
A

Program Sesama Mara menjadi intipati utama pembangunan kelestarian di Air Selangor yang diperkenalkan pada tahun 2020.
Program Sesama Mara menjadi intipati utama pembangunan kelestarian di Air Selangor yang diperkenalkan pada tahun 2020.

Sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terus komited dalam membangunkan kelestarian pengurusan air bagi menjaga kepentingan 8.4 juta pengguna di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mendapatkan bekalan air terawat yang bersih dan selamat.

Bertemakan ‘Memupuk Ekosistem Air Yang Lestari,’ Air Selangor telah menerbitkan Laporan Kelestarian bagi tahun 2021 yang merangkumkan usaha, amalan dan budaya kerja Air Selangor dalam menjaga kelestarian alam sekitar, sosial serta tadbir urus pengurusan air.

Antara sorotan utama dalam laporan tersebut yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman di Connexion @ Nexus Bangsar South, adalah usaha sama penggunaan air pulih guna antara Air Selangor dan Indah Water Konsortium (IWK)

Di samping itu, laporan berkenaan juga menyentuh mengenai pencapaian kadar air tidak terhasil (NRW) dan pematuhan Piawaian Kualiti Air Minuman (DWQS) mengikut standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut, Sesama Mara, pada peringkat akar umbi.

Usaha Sama Penggunaan Air Pulih Guna antara Air Selangor dan IWK

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman ketika membentangkan Laporan Kelestarian Air Selangor 2021 di Connexion @ Nexus Bangsar South, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman ketika membentangkan Laporan Kelestarian Air Selangor 2021 di Connexion @ Nexus Bangsar South, baru-baru ini.

Dalam usaha berterusan untuk menjaga kelestarian air, Air Selangor telah menjalin usaha sama dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) pada 16 Mac 2021 bagi memulakan inisiatif air pulih guna untuk kegunaan industri melalui Central Water Reclamation Sdn Bhd (Central Water).

Air pulih guna merupakan sumber alternatif air bukan minuman untuk kegunaan industri yang dapat mengurangkan beban permintaan ke atas sumber air bersih yang sesuai untuk diminum.

Projek sulung Central Water adalah Loji Pulih Guna Air (WRP) di Setia Alam, Selangor, yang dapat membekalkan sehingga empat juta liter air pulih guna sehari (JLH) dengan sasaran peningkatan kapasiti bekalan sehingga 7.5 JLH pada masa hadapan.

Air Selangor dengan kerjasama IWK turut merancang untuk meneroka loji rawatan pembetungan (STP) yang lain seperti loji di Seksyen 23, Shah Alam dan Pantai 2, Kuala Lumpur bagi tujuan yang sama.

Air Selangor mempunyai 34 Loji Rawatan Air (LRA) di sekitar Selangor dengan kapasiti pengeluaran air terawat sebanyak 4,991 juta liter sehari (JLH).
Air Selangor mempunyai 34 Loji Rawatan Air (LRA) di sekitar Selangor dengan kapasiti pengeluaran air terawat sebanyak 4,991 juta liter sehari (JLH).

Pencapaian Kadar NRW dan Pematuhan DWQS KKM

Carta menunjukkan kejayaan Air Selangor dalam mengenal pasti lebih banyak kes paip bocor yang seterusnya menyumbang kepada pengurangan kes paip pecah saban tahun.
Carta menunjukkan kejayaan Air Selangor dalam mengenal pasti lebih banyak kes paip bocor yang seterusnya menyumbang kepada pengurangan kes paip pecah saban tahun.

NRW merupakan air yang telah dihasilkan dan ‘hilang’ sebelum sampai kepada pengguna. Pencapaian kadar NRW adalah penting bagi pengurusan agihan air yang mampan dan cekap.

Air Selangor telah membuktikan kecekapan dalam pengurusan apabila mencapai sasaran Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), di mana ia berjaya mengurangkan NRW kepada 27.93 peratus berbanding 28.53 peratus pada tahun sebelumnya. Ini bersamaan dengan penjimatan air sebanyak 192.50 JLH.

Bagi meneruskan pencapaian cemerlang itu, Air Selangor mensasarkan penurunan kadar NRW sebanyak 25 peratus menjelang 2025, 20 peratus menjelang 2037 dan 15 peratus menjelang 2049.

Bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti program Pengurangan Kerugian Fizikal, Pengurangan Kerugian Komersial dan Penggantian Paip.

Selain itu, Air Selangor telah mencatatkan pencapaian yang cemerlang pada tahun 2021 di atas kejayaan mematuhi Piawaian Kualiti Air Minuman (DWQS) pada kadar 99.8 peratus mengikut standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kejayaan ini turut memberi kesan positif kepada pengurangan kadar air tidak terhasil (NRW).

Sesama Mara

Air Selangor mempunyai 34 Loji Rawatan Air (LRA) di sekitar Selangor dengan kapasiti pengeluaran air terawat sebanyak 4,991 juta liter sehari (JLH).
Air Selangor mempunyai 34 Loji Rawatan Air (LRA) di sekitar Selangor dengan kapasiti pengeluaran air terawat sebanyak 4,991 juta liter sehari (JLH).

Sejajar dengan teras utama Air Selangor untuk membekalkan air bersih kepada rakyat, aktiviti kemasyarakatan juga turut menjadi salah satu fokus menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Program Sesama Mara menjadi intipati utama pembangunan kelestarian di Air Selangor yang diperkenalkan pada tahun 2020 dengan memfokuskan bantuan kepada komuniti akar umbi, khususnya golongan B40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menerusi Sesama Mara, Air Selangor telah membantu seramai 1,629 keluarga dan individu dalam golongan B40 dengan peningkatan nilai sumbangan sebanyak 40 peratus daripada RM321,690 pada 2020 kepada RM450,704.

Antara inisiatif yang dilaksanakan di bawah program ini adalah Box of Hope (sumbangan barangan asas seperti beras, minyak dan tepung),

Di samping itu, Air Selangor turut mewujudkan program pembangunan modal insan dengan menganjurkan Kursus Kemahiran Tukang Paip, Perkhidmatan Pembaikan Paip dan Memperkasa Pembelajaran Dalam Talian.

No Image Caption

Selari dengan janji 'Joy In Every Drop' atau 'Keceriaan Dalam Setiap Titisan,' Air Selangor akan lebih giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memberikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Air Selangor akan terus merencana dan melaksana pelan strategik dalam menjaga kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus pengurusan air menerusi amalan operasi dan budaya organisasi sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia.

Air Selangor menghulurkan Box of Hope yang mengandungi barangan asas seperti beras, minyak dan tepung kepada golongan B40 melalui program CSR, Sesama Mara.

Laporan Kelestarian Air Selangor 2021 boleh didapati di https://www.airselangor.com/about-us/performance-awards/

Muka depan Laporan Kelestarian Air Selangor 2021 bertemakan ‘Memupuk Ekosistem Air Yang Lestari.’
Muka depan Laporan Kelestarian Air Selangor 2021 bertemakan ‘Memupuk Ekosistem Air Yang Lestari.’