Polis kesan lima saksi kes jenayah kekerasan

Lima lelaki yang dikesan sebagai saksi pendakwaan di Mahkamah Majistret Kota Marudu.
Lima lelaki yang dikesan sebagai saksi pendakwaan di Mahkamah Majistret Kota Marudu.
A
A
A

KOTA MARUDU - Polis sedang mengesan lima lelaki sebagai saksi bagi kes yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Kota Marudu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, lima saksi pendakwaan yang dikesan itu adalah melibatkan jenayah kekerasan dan kes dibicarakan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Kejadian berlaku sekitar Februari 2020 di Pulau Lundayan, Pitas, yang mana dalam kejadian itu enam mangsa berusia lingkungan 19 hingga 60 tahun dipukul menggunakan objek keras oleh suspek berusia 43 tahun.

"Seramai lima saksi daripada etnik Palauh dikehendaki hadir bagi prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Kota Marudu pada 22 hingga 25 Ogos 2022 yang mana kesemua saksi sebelum ini menetap di Pulau Lundayan, Pitas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, identiti semua saksi berkenaan adalah Haimi Tani, 60; Sarata Nasir, 36; Syam Mubin, 30; Jamaldi Annasi, 20, dan Alamani Nasalti, 19.

"Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh berhubung terus Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Zulkairi Md Daud di talian 0138813013 atau hubungi mana-mana Balai Polis berdekatan," katanya.