[VIDEO] Yasin lega terlepas hukuman gantung

Yassin ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Rabu.
Yassin ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Syukur, demikian reaksi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, pada Rabu.

Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.

"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

"Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya," katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.