Tenaga kerja JPM ke Baling hulur bantuan

Ahmad Marzuk Shaary
Ahmad Marzuk Shaary
A
A
A

PUTRAJAYA- Seluruh tenaga kerja Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensinya bertolak ke Baling, Kedah bagi menyampai bantuan kepada mangsa banjir.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, satu mesyuarat tergempar jabatan bersama agensi tersebut telah diadakan bagi tujuan itu.

"Esok, saya bersama seluruh tenaga kerja jabatan akan turun ke Baling bagi menyampaikan bantuan segera.

Semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan kami ke sana petang ini Insya-ALLAH," tulisnya di Facebook, pada Selasa.

Menurutnya, sebagai permulaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui pegawai takmir dan penyelaras pentadbiran masjid daerah (PPMD) di Baling telah memberikan bantuan sebanyak 110 buah pek makanan siap dimakan kepada mangsa yang berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) Surau Annur Taman Mesra dan SMK Jerai Baling.