Silat warisan berharga yang perlu dipertahankan: Reezal

Silat adalah warisan yang sangat berharga dalam budaya dan warisan orang Melayu yang perlu dipertahankan. - Gambar hiasan/Foto Bernama
Silat adalah warisan yang sangat berharga dalam budaya dan warisan orang Melayu yang perlu dipertahankan. - Gambar hiasan/Foto Bernama
A
A
A

KEPALA BATAS - Silat adalah warisan yang sangat berharga dalam budaya dan warisan orang Melayu yang perlu dipertahankan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

"Silat dijulang dan diangkat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga, malah, ia juga telah berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Ini menunjukkan bahawa seni mempertahankan diri ini adalah warisan pusaka yang perlu dipertahankan oleh bangsa Melayu,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Bersilaturrahim Himpunan Seni Silat Melayu Pulau Pinang di sini pada Ahad malam.

Reezal, yang juga ahli parlimen Kepala Batas dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya, dan Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang bagi tujuan mengadakan karnival silat di negeri itu.

Katanya, program itu diharapkan dapat mempamerkan persilatan Melayu negeri Pulau Pinang, sekali gus menjadi jalan untuk menyatukan serta mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam. - Bernama