Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula

Zairi (dua dari kanan) bergambar bersama Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman (tiga dari kanan) di salah satu ruangan dalam bilik Alpha Aerospace
Zairi (dua dari kanan) bergambar bersama Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman (tiga dari kanan) di salah satu ruangan dalam bilik Alpha Aerospace
A
A
A

KANGAR - Sekolah Kebangsaan Jejawi di sini menggunakan bahan kitar semula dan kreativiti untuk menghasilkan sebuah bilik seakan-akan berada dalam kapal angkasa.

Guru Besar SK Jejawi, Zairi Bakar berkata, bilik yang dinamakan sebagai ‘Alpha Aerospace’ itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

Zairi
Zairi

Katanya, dengan keberkesanan seni mural selain faktor seperti pencahayaan berperanan menghasilkan ilusi yang seolah-olah dalam kapal angkasa.

"Bilik ini dilengkapi dengan meja komputer, meja menulis, pentas untuk persembahan dan pembentangan serta papan putih untuk pengajaran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, kemudahan itu mula digunakan secara optimum sejak awal tahun ini.

"Ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk guru dan mereka yang menubuhkan pasukan untuk menjaga kekuatan sekolah yang mana kita akan wujud bilik sebegini," katanya.

Guru Sains, Mazlina Khalid berkata, mereka menggunakan speaker terpakai serta meja murid yang rosak dan kerusi makmal yang patah dipateri semula.

"Harapan kami agar kelas ni dapat dijadikan suatu kelas untuk pembelajaran murid dan konsep angkasa lepas yang kami pilih sebenarnya kami nak membawa pelajar ke sana merasai suasana di angkasa lepas," katanya.

Mazlina menambah, bilik ini turut dijadikan sebagai bilik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang mampu memuatkan sebuah kelas dalam satu-satu masa.

Beberapa pelajar sedang belajar dalam bilik Alpha Aerospace.
Beberapa pelajar sedang belajar dalam bilik Alpha Aerospace.

Murid tahun 6, Adam Aiman Mohd Nazri berkata, suasana bilik berkenaan seperti angkasa lepas dan dapat merasai pengalaman seperti berada di sana.

"Saya suka sangat bilik ni dia sejuk, tertutup, mudah untuk belajar dan juga ada komputer riba serta semua benda yang disediakan memang sesuai untuk belajar," katanya.