UPNM bikin UM gigit jari

UPNM cipta sensasi kejutan pasukan pilihan UM

UPNM muncul juara Karnival Futsal Wanita Institusi Pengajian Tinggi di UMT pada Jumaat.
UPNM muncul juara Karnival Futsal Wanita Institusi Pengajian Tinggi di UMT pada Jumaat.
A
A
A

UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan Universiti Malaya (UM) 1-0 pada perlawanan akhir Karnival Futsal Wanita Institusi Pengajian Tinggi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Jumaat.

Rekod tanpa kalah UM di sepanjang saingan peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir gagal dipertahankan walaupun sentiasa menarik sokongan peminat dengan kehadiran 'Insta Famous', Intan Sarah Anisah Zulgafli yang juga pemain futsal kebangsaan.

Turut dibantu seorang lagi pemain futsal kebangsaan, Siti Asnidah, UM diberikan saingan sengit oleh UPNM yang menurunkan sekurang-kurangnya tujuh pemain bola sepak wanita kebangsaan yang menyambung pengajian antaranya Felicity Loudea Thomas, Henrietta Justine dan Nurul Azurin Mazlan.

Biarpun UM kerap mengasak namun, kekebalan benteng pertahanan UPNM ternyata dibantu oleh kehebatan penjaga golnya Nur Ezza Ashikin yang turut dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

Gol tunggal dan kejuaraan UPNM dihasilkan oleh Eva Olivianie Antinus pada minit ke-17 perlawanan sekali gus membuat UM kecewa untuk muncul juara buat kali keempat berturut-turut.